Yoe A016

Apabila Kau Dilahirkan, Kau Menangis Orang Lain Gembira, Berusahalah Apabila Kau Mati, Kau Gembira Orang Lain Menangis.





Bermula Alam Baru

Sunday, May 31, 2009
Aku baru dapat degree in Forestry. So start la alam pekerjaaan plak. Aku dah g 2 interview dan sekarang tgh dapatkan lagi jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan, bkan ape target nak kumpul modal buat bisnes sendiri. so gudluck la ye.

MASUM, Kayak dan Rowing 2009




Pada 25-30 Mei 2009, telah berlangsung kejohanan MASUM untuk acara kayak dan Rowing di Presint 6 Putrajaya. Seperti biasa, UPSI dan UTHM telah merangkul johan keseluruhan masing-masing untuk acara kayak dan rowing. Saya telah mewakili UPM dalam acara MTK1 1000m. saringan pertama 5.51minit, untuk recharge 6.38minit kerana petang angin kuat. InsyaAllah, tahun depan UPM plak blh jadi juara dgn tunjuk ajar dari jurulatih baru dari Kelab Tasik Putrajaya, En. Riduan Ismail (Abg. Lek).

Kejayaan Ekspedisi Konservasi Taman Negara Kuala Tahan 2009

Tuesday, February 10, 2009


Program tahunan yang kali kedua di Taman Negara Kuala Tahan telah berjaya dilaksanakan dengan selamatnya. Kami Berjaya membersihkan dan mengukur semula trek Kuala Tahan - Kuala Terenggan - Sg. Tenor - Kuala Tahan. Kami juga mengambil bacaan GPS di setiap 50meter jarak laluan tersebut. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Dato' Idris Abdol, Penasihat Kehormat KOBUPM, En. Mohd Noor Liza Baharom dan En. Muazam Mansor, Penasihat KOBUPM dan En. Khairol Anuar Mahmud, Penolong Peg. Hidupan Liar dan En. Taufik Abd Rahman, Penguasa Taman Negara atas bantuan dan sokongan terhadap projek ini. Diharapkan Ekspedisi sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai Khidmat Kominiti kepada masyarakat luar.

Ekspedisi Konservasi Taman Negara Kuala Tahan

Friday, January 9, 2009

Untuk makluman semua, aku dan beberapa ahli Kelab Outward Bounders UPM akan menganjurkan ekspedisi konservasi di Taman Negara Kuala Tahan pada 25 - 29 Januari 2009. Program ini adalah kerjasama dengan PERHILITAN dimana kami akan menjalankan kerja-kerja pembersihan trail dari kuala tahan - kuala terenggan - santuary kelah, tenor - kuala tahan. Terima kasih banyak-banyak kepada Penolong Pegawai Hidupan Liar, Mohd Khairol Anuar Mahmud (alumni KOB) yang mencadangkan tempat ni. Bagus tempat nie untuk di buat konservasi sebab tempat nie di jaga dan dipantau oleh PERHILITAN. Semoga Berjaya.

Sidang Warga Gunung

10 dan 11 Januari 2009 akan diadakan satu perjumpaan bagi semua warga pendaki gunung-gunung di Malaysia bertempat di Rembau, N9. Program ini adalah anjuran GunungOnline dan Persatuan Mendaki N9. Kitorg dari Fakulti Perhutanan tak nak lepaskan peluang keemasan ini. Apa lagi, nak serang warga-warga gunung ni untuk jawab questionaire ktorg yang banyak tue. hahaha. Peluang bukan datang hari-hari. Nak harap kat Gunung Ledang memang hampeh gile. Sikit pun tak nak contribute terhadap research ktorg. Perbadanan Taman Negara Johor mmg dah lari landasan, nak cari profit je. harap-harap agensi lain xtiru sikap PTNJ tue. tapi xpela, terima kasih byk2 jela.

Lagenda Puteri Gunung Ledang

Wednesday, December 3, 2008


































































Mungkin ade yang tertanya-tanya, betul ke Lagenda Puteri Gunung Ledang? Mungkin betul, mungkin tidak... terpulang kepada pendapat masing-masing. Tapi, bagi mereka yang nak tau, boleh la pergi sendiri ke Gunung Ledang. Tengok sendiri, alami sendiri... Bagi aku, tempat tue memang ade mistiknya yang tersendiri... Bagi aku, biasala dalam hutan memang tak lari dari perkara-perkara macam tue. Cuma perlu berhati-hati dan bersedia bukan sahaja fizikal juga mental dan rohani... persiapkan diri.. Pengalaman mendaki Gunung Ledang dari trek Taman Hutan Lagenda, Perbadanan Taman Negara Johor mmg menarik. Maklum la puncaknya boleh nampak 360 darjah. Boleh nampak melaka, segamat, tangkak dan negeri sembilan. Cara pendakian juga berlainan kerana kena panjat pakai tali yang agak merbahaya. Sebab tue dapat ranking ke 6 berbanding Gunung Kinabalu ke 12. Bagi pihak pengurusan, aspek keselamatan pendaki harus di utamakan, pendaki pun nak selamat juga. bukan semua orang Allocentric. Gunung nie ade beberapa trek, dari Asahan, Dam, Jementah, Kolam Putri dan Taman Hutan Lagenda. Kalau berminat kena tempah dulu, sebab kena tempah guide rm 170 dan Carrying Capacitynya 150 orang dalam 1 hari, trip pulak pergi petang dan harus sampai bawah hari tue jgk, tak boleh camp kat trek. Conform jam atas gunung tue. Mungkin Boleh dikurangkan jumlahnya, sebab dah crowd sgt, kalau dah crowd social impact pun hebat la, trek pun boleh jahanam. Marah Puteri G. Ledang gan nenek kebayan. Ape-ape pun bagi mereka yang belum mendaki, boleh la pergi, tambah koleksi. So boleh la jawab questionaire kitorang pasal motiv ang social impact indicator kat pejabat TNJGL. Kitorang hanya mampu memberikan sedikit sumbangan dalam kajian berkenaan aktiviti pendakian di Malaysia. So Semoga Bejaya dan Terima Kasih TNJGL dan PTNJ.











Projek Tahun Akhir

Monday, November 24, 2008
Sem 5, biasela... start la buat projek tahun akhir. Tajuknya "Investigating Mountain Trekers' Personality at Gunung Nuang, Selangor". Supervisor En. Sam Shor Nahar Yaakob. Setakat nie questionaire dah siap tapi x print lagi.. boleh la start collect data bulan Disember nie...sape2 nak tolong boleh la.